my adsense

Sila MaSuKkAN iKLaN Disini !! PeRCuMa !!!!

Iklan percuma selama 5 jam disini! Tidak perlu daftar, ada ruang iklan yang kosong, korang sebat aje lah! Saiz Iklan: 100 x 100. Klik gambar 'Advertise Here' untuk upload iklan anda. Kalau ada banyak blog, sila letak satu je, kasi peluang kat orang lain nak letak..haha

Wednesday, August 12, 2009

My ReSePi (KeK CoKLaT)


Ok..sebelum tuh aku nak mintak maaf atas kesilapan yang telah berlaku disini,.maaf jika link untuk blog aku nih true mechanic,tapi aku telah mencampur adukkan pelbagai cerita yang hanya bukan khas untuk kenderaan,malah untuk umum,. semua cerita di rojakkan dalam nih..bukan apa,.disebabkan aku yang flexible n berkebolehan yang amat luar biasa,aku telah membuat keputusan untuk mencampurkan segalanya dlm nih..so kebanyakan penulisan aku dlm nih hanya berunsurkan funny atau lebih dikenali sebagai lawak bangang yang telah direka sendiri mahupon diciplak..

ok2 disini aku ada satu resepi untuk korang cuba..resepi nih aku penah buat sendri..jangan ingat tangan pomen tak pandai buat kek..huahahah..korang cubalah..

Kek Coklat Lembab (kukus)

Bahan A:

2 1/4 cawan tepung gandum.
3/4 serbuk koko,
1 sudu baking powder,
1 sudu teh bikarbonat.

bahan-bahan a mestilah diayak kesemuanya.

Bahan B:

3 biji telur,
2 cawan gula kasar atau 3 cawan gula halus.

bahan ini mestilah di blend sampai gula hancur.

1 cawan susu cair,
1 cawan minyak masak,
1 cawan air panas.

Toping:

butter,
serbuk koko,
susu,coklat rice.
(semua toping terpulang ikut selera masing).

Bahan tambahan, (tak disediakan pon takpe)..

milo 2 sudu besar,
gula secukup rasa,
biskut meri seplastik.

cara nak buat kek nih..

firstly,korang blend bahan B sampai hancur betul2, then korang massukkan sikit demi sedikit bahan A, then korang kacau la adunan kek tuh mengikut arah yang sama,kalau tak ia akan berketul2 nanti kek tak jadi..ok bila dah sebati,masukkan susu cair sambil kacau2,pastu air panas,dan kacau lagi sampai korang lenguh la..ahahh..ok bila dah adunan sebati n bewarna coklat kehitaman,ada berbuih2 kecil,.korang tuang la dlm bekas..
lepas tuang dlm bekas tuh,korang bolehlah kukus selama 45 minit.

time kukus tuh,korang ambik bahan tambahan,masukkan milo kedalam cawan setra dicampurkan sedikit gula secukup rasa ataupon susu pekat.dan masukkan air panas dan kacau sehingga sebati..lepas tuh,korang hanya perlu ambik biskut meri dan makan sambil tunggu kek korang masak..

toping untuk kek plak korang pandai2 la buat,..

*kek nih kalau ikut betol2 arahan jadi..aku tak tipu..


2 comments:

eton said...

wahhh...tak nak buat..nak rasa trus jek..bole kee...janji bagi sikit tau...

CiKMie said...

boleh aje..nanti sis datang cini cikmie buatkan