my adsense

Sila MaSuKkAN iKLaN Disini !! PeRCuMa !!!!

Iklan percuma selama 5 jam disini! Tidak perlu daftar, ada ruang iklan yang kosong, korang sebat aje lah! Saiz Iklan: 100 x 100. Klik gambar 'Advertise Here' untuk upload iklan anda. Kalau ada banyak blog, sila letak satu je, kasi peluang kat orang lain nak letak..haha

Thursday, October 15, 2009

JawApAn MuRiD


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).


Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.
Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian
murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan.
Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata,

"Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6",

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?".

Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu
tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A",
ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanitasecara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk
siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya
untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu
Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan
oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan
datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris,
okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"

Murid Tak Boleh Pakai.


Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....
Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua
muridnya sangat diam dan bersopan..tidak seperti biasa jika dia masuk
ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang
bising dan bermain.

Lalu guru itu berkata..."Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat
keadaan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong
beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?? guru itu bertanya dalam
keadaan seperti hendak pitam...

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata..
"sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami
semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha"
sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali
bising macam biasa...

Saturday, October 10, 2009

LuMrAh SeoRaNg PeKerJa...


Bila boss tiada di pejabat :
Bila boss panggil :

Bila kena hadiri mesyuarat :

Bila waktu rehat :

Bila dapat projek baru dari boss :

Bila tengah cari idea untuk projek baru :

Bila projek yang boss bagi susah nak buat :

Bila otak jam... :

Bila 'client' banyak songeh dan berlagak pandai :

Bila 'client' tukar fikiran saat akhir :

Bila boss suruh kerja lebih masa (OT) :

Boss suruh datang pejabat waktu cuti ada projek 'urgent' :

Bila dah terbuat silap pada projek yang boss bagi :

Bila projek disiapkan dengan jayanya :

Bila projek gagal :

Bila dapat gaji :
HAPPENING!!!






Saturday, September 5, 2009

PeRmAiSuRi HatiKu....

alhamdulillah..hari nih aku dah sihat..terima kasih sahabat aku semua yang mendoakan aku sembuh..aku hargai semua tuh...

aku ada satu lagu nih aku suka sgt dgq..walaupun aku takde teman hidup....lagu nih buat aku rasa aku nyer mood jadi tenang..slow....n layan.....jom kita dgr sama2...

Sunday, August 30, 2009

I hate being sick.




Arini aku demam...urghhh..tak selesanya.......tapi aku still puasa okay...

I'm going back to bed...

Friday, August 28, 2009

Untuk Rara


untuk rara..ni boleh..aku pos nih aku bismillah..apsal ko tak gerak..ko tak baca bismillah kot...

Monday, August 24, 2009

SelaMat BerPuaSa


assalamualaikum w.b.t.

Huh lama aku tak post kat blog nih,asik sibuk dok bisness ngan Tan Sri Zam..la nih aku dah ada bisness ngan dia dlm blog aku yg lagi satu..sapa2 rajin pi la support..untuk rara,aku tak dapat buktikan terung berduri..tapi aku akan gantikan ko terung yg ada bulu..huahahah..ko nak tgk terung berbulu sila click kat ---> cini....jangan marah la ek..wakakak..ok2..arini dah ari ke tiga kita berposa..tapi yang tak bestnya,tiap ari dlm kol 10pg,pahala posa aku dah tinggal separuh..tu la akibatnya kalau aku slalu msuk cb..wakakk..anyway,,selamat berpuasa n jangan nakal2 bak kata alif..untuk perl,sila jalankan marketing untuk blog cikmie ngan zam..sebab kami akan tunaikan janji2 kami yg kalau blog kami nanti worldwide,kami akan salut tubuh perl dgn emas n permata,..ahahh,..umi plak,jangan sedih2 n hepi2 slalu..rara plak..aku dah sediakan terung bulu tuk ko.namo sedey2.ss plak.jangan asik main kektus jer..utk win..hanya Uya dihati..kim slam sayang kat die..ckp cikmie sentiasa menanti dgn penuh harapan(ape aku merepek nih,uya pon tak kenal)huahaha,,..member2 yang lain yg pon sama..tq sebab kawan ngan cikmie yg hot nih..hua3..

Friday, August 21, 2009

KiSaH SuAmi DaN IsTeRi


aku ada satu kesah...korng baca la nih...

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 21 Ogos 2009

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.


abang tersayang;

Wednesday, August 19, 2009

RaRa MeNGaMuK ????


Semalam tgh aku dok layan chat ngan budak2 cb tetiba ada la si cegu rara nih buzzzzzz...dia dgn gaya berunsurkan terrorist dok potpetpotpet........... kat aku pasal ss letak pic gedik dia kat blog..kononnya dia tuh lowprofile la..wakakakwkaka..aku sebagai lelaki macho melayan die dgn perasaan penuh kesabaran..wakakak..dia soh aku post n bgtau die ngan mengamuk tuh kat umah..dia ckp kalau bulan mengambang mmg mcm tuh..wakkaka..aku dapat gambarkan rupa si rara time dia mrah...Tapi, walaupon time die marah,dia tetap mengekalkan sifat keayuan dan kesopanan die walaupon time die mengamuk.pic sebelah tuh ada la iras2 die time marah..cute jer aku tgk..wakakakak.....


*p/s.. picture tuh diambil semasa rara bg warning kat ss


Lelaki macho,

HaRi-HaRi InDaH Ku




huh hari nih aku mengeletar tangan nak type posting nih,sebab setelah aku keje seminggu (tapi tak sampai pon,kejap2 jer bawak lori nuh)..aku dapat duit upah..huh bahagia sungguh..rasa mcm dunia ini ana yg punya....

Tuesday, August 18, 2009

PLaYBoY BeSaR Cb KaMpUnG

Disini saya ada lampirkan dua gambar yang agak familiar di cb kampung..kepada gadis or awek2 cun,sila beware dengan jejaka yang menggunakan nick ||« »||Tнפ||Suηsн|ηe||« »||«ƒя|gaтэ.¢aρтa|η.σƒ.м.м.к»|| atau lebih dikenali sebagai robi dengan id nya LDJLMagicianLOby (168941258) kerana beliau ialah seorang playboy yang besifatkan sedikit jin..wakaka..tolong jangan hampiri beliau kerana jika anda digoda beliau,anda akan terkena satu virus H4N4 atau angau beruk,,..wakakak...tetapi amaran ini hanya berkuatkuasa kepada awek cun jer..yang tak cun sila ignore jer notice nih,tapi kalau letak pic cun tuh berhati2 la ek..wakakakak..(ilek roby aku gurau jer..)ahahahhaah


gambar ini di ambil oleh wartawan dari majalah playboy edisi ke 58.

kali terakhir beliau ditemui di Hentian Duta.kaunter bas Etika..


SaMbUnGaN DaRi PoStinG SS..



*WARNING: SEKADAR GURAUAN,JANGAN AMBIK HATI OK..


Hasil dari tinjauan aku ke blog ss..aku dapat satu ilham untuk aku post persoalan sikap2 objek yang bertajuk perempuan ketika bergambar..posting aku nih boleh jugak dikira sebagai satu sambungan barang kali dari ss punya blog yang bertajuk 'kenapa perempuan gedik ketika bergambar'..(malas nak bukak balik aku tak ingat tajuk la) huahahah...aku ada meng attach beberapa keping gambar untuk kita sama2 mengupas mengapakah kebanyakan objek bertajuk perempuan atau lebih dikenali gadis yang agak kegedikannya melampau melakukan aksi yang agak cute la kononnya tuh.meluat aku,.yg lain aku taktau la..bagi aku jer la..

sama2 kita menghayati pic2 berkenaan,. (harap maaf,gambar diambil dari beberapa page n ada kene mengena dengan yang hidup sebab diorg semua masih menghirup udara dari ruang atmosfera ini,akan tetapi sudah di sensored..),..soe ek..jangan marah aaa.....sila komen pic nih ok..




ahahahh,,ntah pape...


yang nih pon termasuk gak..jangan marah ek..



ermm.....(padam pic nyna,sal dia baik ngan aku..tak smpai ati plak..hehehe)


sila fokus di bibir sahaja ok...


sila beri tumpuan pada senyuman sahaja ok..(leh wat iklan kolget nih)

ahahha..kepada org2 yang berkenaan..jangan ambik hati..aku gurau jer...kalau ada nak flag ker,silakan,wakakakka..nanti aku buang..waaaakakk





Sunday, August 16, 2009

AkU InGiN PuLaNg..

assalamualaikum w.b.t.....

arini boring gila..tatau aku nak post apa,keje plak arini last aku bawak lori..huh boring plak la aku lepas nih takde kejer..so aku dok buat merapu ngan budak2 cb kampung...aku asik kopi 3in1 url lagu dr youtube jer masuk dlm tuh..sampai ada sekor chatter tuh tanya aku,oi pablo..(nick aku kat sana..)..ko nih gila ker asik post link bidio blue..cis ampeh tol awek nih.otak pink tol,...aku dok laayn jer lagu2 youtube tuh..aku ada terdgr satu lagu nih..liric die agak sentimental..lagu nih aku penah dgr time iklan raya pertonas 2oo6 kalau tak silap..so korang dgr la lagu nih..layan perasaan jap..ahaha..kat lagu tuh ada lyric skali..so takyah aku copy letak dlm nih ok..sebelum korang nak play youtube nih,korang terlebih dahulu kena pause dlu playlist aku kat sidebar dlu.kalau ada suara2 yg mengangu..hheh..maaf..ok

layanz..............

Thursday, August 13, 2009

KuMiX SoH PoSt.

malam nih aku tatau nak post apa..actually kumis tuh sok kopi n tongkat ali 3 in 1 plak..so aku pon dengan tanpa segan silunya menongkat ali apa yg ada kat blog umi tuh..nak tau sgt ker??ok2..meh cikmie bt spesel utk kumis yang tersayang walaupun call die tak penah angkat...ciss..ingat aku nak ngorat kot,..huahaha..

ok2 inilah jawapan shayer;


Name ::
Panglima Garang Setia Diraja Tan Sri Datuk Paduka Raya Haji amn. mpkps. dbkl. ss. Cikmie.
(huh banyak pangkat aku)

Birthday ::
18.4.19**

Birth Place ::
Boston,Kedah,United Kindom.

Eye Colour ::
kaler biru air laut..(tah mana aku tau)

Hair Colour ::
colourfull (macam abg iklan daia)

Right or Left hand ::
right hand drive mcm kreta poton

Worse Habit ::
apa nih??aku tak reti bahasa org putih?? huahaha

Horoscope ::
horoskop nih mcm sekop cedok tanah tu ker umi??cikmie tatau la..ahahha

My weakness ::
tengok pompuan lawa..nih cikmie lemah,mudah cair..wakakak

Goal(s) you would like to achieve next year ::
Rara suka la time ada perkataan 'goal' nih,dia suka nak kata aku bola :-P

Fav. Colours ::
PiNk ngan Black

Fav Food ::
cekedis

Fav Animals ::
i hate animal..utk pengetahuan statistik utk thun nih dah 3 ekor kucin nyawa melayang kena langgar..wakaka

Fav songs ::
Jiwang abis..

I talked over the phone with ::
maksud dia apa ek?? mcam jenis pon ker camne??kalau jenis cikmie pakai telepon setelit jer,sebab kat cini takde line..wakakka

I messaged ::
maybank2u sebab nak dapatkan TAC pin..wakakka

I hugged ::
umi apsal tanya mcm nih??malu la cikmie...tanak sakap..

Last sport I played ::
sport toto..(sukat atas katil)

When was the last time I laughed ::
right now..huahahahahahahhahahahahah......

I cried ::
when im qiamullail...(aku kan org beriman sentiasa menitiskan air mata semasa bertemu Allah di setiap sujudku..

Movie I watch ::
mana leh bagitau..bahaya kang kena ban sal melucas..huahahah

truthly,

Wednesday, August 12, 2009

IniLaH PeReMpUaN..JaNgAn maRaH...

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidak gemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!

Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!(bukan aku eee..org lain)..

Read More...

Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!

Wanita memang pemurah...sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!(kalau soping perfume sapa ek??)

Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu...tarik muncung empat, lima depa time merajuk!

Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah,tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!

Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!

Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!

Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per...per...!

Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!

Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak
berfaedah-tengok muka sendiri!(agak2 kawan aku sapa ek yang mcm nih??)

Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!

Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!(bukan ko rara)

Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat!

Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!

Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!

Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!

Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!

Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama.
Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma
tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.(wakakak nih mmg mcm ss..ckp banyak)ahhha

Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...


Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!


Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!
maaf jika ada yang terasa..nih la hakikatnya..jangan amrah aa..wa gurau2 jer..

My ReSePi (KeK CoKLaT)


Ok..sebelum tuh aku nak mintak maaf atas kesilapan yang telah berlaku disini,.maaf jika link untuk blog aku nih true mechanic,tapi aku telah mencampur adukkan pelbagai cerita yang hanya bukan khas untuk kenderaan,malah untuk umum,. semua cerita di rojakkan dalam nih..bukan apa,.disebabkan aku yang flexible n berkebolehan yang amat luar biasa,aku telah membuat keputusan untuk mencampurkan segalanya dlm nih..so kebanyakan penulisan aku dlm nih hanya berunsurkan funny atau lebih dikenali sebagai lawak bangang yang telah direka sendiri mahupon diciplak..

ok2 disini aku ada satu resepi untuk korang cuba..resepi nih aku penah buat sendri..jangan ingat tangan pomen tak pandai buat kek..huahahah..korang cubalah..

Kek Coklat Lembab (kukus)

Bahan A:

2 1/4 cawan tepung gandum.
3/4 serbuk koko,
1 sudu baking powder,
1 sudu teh bikarbonat.

bahan-bahan a mestilah diayak kesemuanya.

Bahan B:

3 biji telur,
2 cawan gula kasar atau 3 cawan gula halus.

bahan ini mestilah di blend sampai gula hancur.

1 cawan susu cair,
1 cawan minyak masak,
1 cawan air panas.

Toping:

butter,
serbuk koko,
susu,coklat rice.
(semua toping terpulang ikut selera masing).

Bahan tambahan, (tak disediakan pon takpe)..

milo 2 sudu besar,
gula secukup rasa,
biskut meri seplastik.

cara nak buat kek nih..

firstly,korang blend bahan B sampai hancur betul2, then korang massukkan sikit demi sedikit bahan A, then korang kacau la adunan kek tuh mengikut arah yang sama,kalau tak ia akan berketul2 nanti kek tak jadi..ok bila dah sebati,masukkan susu cair sambil kacau2,pastu air panas,dan kacau lagi sampai korang lenguh la..ahahh..ok bila dah adunan sebati n bewarna coklat kehitaman,ada berbuih2 kecil,.korang tuang la dlm bekas..
lepas tuang dlm bekas tuh,korang bolehlah kukus selama 45 minit.

time kukus tuh,korang ambik bahan tambahan,masukkan milo kedalam cawan setra dicampurkan sedikit gula secukup rasa ataupon susu pekat.dan masukkan air panas dan kacau sehingga sebati..lepas tuh,korang hanya perlu ambik biskut meri dan makan sambil tunggu kek korang masak..

toping untuk kek plak korang pandai2 la buat,..

*kek nih kalau ikut betol2 arahan jadi..aku tak tipu..


KeNaNgAnKu Di IKM BeSeRi Part2.


Salam..Ok2 aku nak sambung story aku sal kenangan aku fly kat ikm tuh..ni part 2.part yang sangat kejam untuk pencinta2 binatang haram disisi islam iaitu anjin..ahahahaha...okeh2 setelah berpenat lelah berlari2 dlm keadaan ketakutan bertemu pak gad boroi atau cikman cina or sapa2 yang dikhuatiri akan membantutkan perjalanan fly aku utk kluar dr ikm nih,..

Ok setelah sampai jer kat belakang bengkel merin,aku pon dengan usaha tangga kejayaan nih melintasi parit yang ada di antara ikm n pagar yang berjiran ngan kubur cina nih..utk pengetahuan korang banyak laluan utk fly,antaranya kat bengkel kimpalan ngan bengkel meka pon ada,tapi jauh..tapi kalau kat merin dekat,tapi yang tak bestnya,lepas lompat dr pagar tuh,kitorg kena pijak kat bangunan kubur yang ada kepala naga..so lantak la..peduli apa aku..ahah...mmg dlu aku nih takut ngan kubur2 nih..tapi semangat untuk fly yang kental untuk fly membuatkan perasaan takut masuk kubur cina aku lenyap entah kemana...

Actually,takut tuh ada gak,dengan anjin banyak kat dlm tuh..ok..dah aku usha line clear,aku pon jalan la kot dlm kawasan kubur tuh untuk kluar gi jalan utama dimana ada member aku tunggu untuk take away aku..ahahah..dlm perjalanan melintasi satu kubur apek mana tah,ada sekor anjin..beso gak..aku dah mula gelabah..aku nih kalau ngan anjin mmg takut cikit..sekali di usha aku..apa lagi...langkah seribu la jawabnya..huahahhaha..penat siot,..dah la kawasan tuh luas..sekali aku tersadung apa jenis batu nisan bentuk bulat kepala naga..cilaka punya batu..sekali anjin tuh dekat mai nak gigit aku..berguling3 aku..

pastu aku dengan perasaan takut kena gigit anjing aku bingkas bangun..tah semangat apa tah mai...nak tau apa aku buat..adess...aku taktau sai apa dlm keadaan cemas tuh aku memberanikan diri menendang anjing tuh sekuat hati..seb bek aku mlm tuh kuar pakai safety boot,kalau tak abis aku kena samak..ahaha..sekali penendang dlm keadaan ketakutan membuatkan ajing tuh rebah tegketar2,,nyawa2 anjing..sebab kena steel toe betol3 kat kepala dia..ahahha..bodo nyer anjing...lepas tuh aku dengan muka innocent berlari la,,tunggu lagi dlm kubuq cina tuh dah la balun anjin..aku lari arr sampai pagar depan...

Dah sampai kat depan,aku tgk member aku dah tunggu kat depan kubur tuh....kat cini aku masih ingat perbualan antara aku ngan mmber aku:

man: woi mie awat hg lambat sangat..leje hang..(member aku semua pangil aku mie).
aku: cis ni habis cepat dah nih..hang ni kot nak pi ambik aku kat dalam,sebelah tokong tuh.
man: cuih,hang ingat aku berani ka nak masuk sorang2 dalam tuh..hee..
Aku: hang taktau aku ken ligan anjing woo..tgk sluaq aku habis kotoq..
man: baru padam muka hang..efy mana?
Aku:dia tak jadi ikut sebab dia tka berani,,kah kah kah...hang tau tadi aku sepak anjing,mampuih ka taktau la..ni aku kena samak dulu boot aku nih..
man: hahah @$#^#% (terpaksa di sensored)
Aku: cepat la jom blah satgi boroi nampak naya aku kena kuarantin..dah la penat aku lari nih...
man: jom2..

perbualan terhenti kat situ jer..pastu aku pon naik moto ngan dia..dia hantaq aku balik....ada lagi cerita ..tu time aku nak masuk plak...nanti aku continue..

Tuesday, August 11, 2009

KeNaNgAnKu Di IKM BeSeRi Part1.

pelan ikm beseri time nak fly..


assalamualaikum,setelah menjalani hari aku yang ssangat bz nih,aku sempat lagi terbaca satu artikel dr blog member aku,dia ada cerita pengalaman die kat kolej ngan roomate die,aku pon ada satu kesah yang sangat nenunjukkan kebodohan aku time tuh sangat melampaui batas..

ceritanya bermula begini, time tuh hujung sem dah,smua student kat ostel bnyak yang fly balik dah,.untuk pengetahuan korang ikm tuh die nyer rule tersangat spt penjara,sebab die nyer peraturan lebih sekolah dari sekolah..ahaha,nak nmenunjukkan bertapa ketatnya rule.. tapi apakan daya budak2 ikm semua mental gila2 punya,kat sna aku sorang jer yang baik..ahahah....okeh2 continue aku nyer story,.

sepatutnya bilik tuh ada 4 orang,tapi disebabkan aku nih tak masuk ngan roomate aku,aku pon telah menjadi pelarian kat bilik efy,. blm bilik aku tuh bukan apa aku tak ngam,diorg buat bilik aku mcm pusat pengumpulan sampah jer,dah la semak,aku nih biasa la org yg kemas n mempunyai tahap kebersihan yang tinggi..(huahhah pasan la plak aku nih..nih dah lebih dr saudari ss kita tuh,..ahahh)...aku terpaksa menjadi pelarian kat sana,aku tumpang kat bilik tuh,efy,pijon,tokai n meon,.depa semua baik ngan aku tapi kadang2 aku tak puas ati gak.tapi pelarian apakan daya..ahahah..okeh2..tuh introduce jer..

nak dijadikan cerita,malam tuh kebanyakan banduan2 ostel dah fly balik umah dah,aku ngan member baik aku si efy nih ada projek sebenarnya.kitorang mmg slalu buat projek blackmarket bersama.depan lecturer muka aku ngan efy terkenal ngan pelatih yg baik n boleh dipertaruhkan kepercayaan..tapi kat belakang bertap 'Jin' nya kitorang lect taktau..ahahah..pandai makan pandai simpan la..mau hidup maa...malam tuh ingat kitorang nak fly gi makan pastu ada projek (maaf kerana projek kami terpaksa dirahsiakan kerana ada keburukan kepada penulis jika didedahkan)..

Untuk fly dari ostel, kitorang perlu melalui beberapa rintangan dan halangan untuk lepas dari cengkaman pak guard boroi.(nama timangan pak guard ikm sebab dia boroi n terlalu straight)..sebab ikm takleh kuar sesuka hati,kalau nak kuar pon kul7 mesti kena ada dlm dah.kalau lambat kena kuarantin...ok2 nak cerita halangan yang patut dilalui,antaranya, bengkel EDI(electric domestic),kat sana selalunya cik man cina slalu ada,(cikman cina tuh salah sorang warden yg sangat babeng,)pastu bengkel merin,parit lumpur selebar 4feet, kemuncaknya ialah kubur cina yang banyak anjing,,huahaha..ikm beseri nih sebenarnya berjiran ngan ahli2 Jahannam* yang menginap dlm kubuq tuh..wakakak..(jangan org ISA baca sudah,kang aku kena tangkap sebab rasict)wakakak..peduli apa aku....tapi malam tuh efy tanak join..so aku sorng la fly sebab dah boring taktau nat buat apa..aku pon pi la sorang2..smbung part2...

jahannam* - neraka

Monday, August 10, 2009

tok ketua dan jamnya

Pada suatu hari, ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Selang beberapa purnama anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah kan,lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya,"OOOO...patutlah tak jalan drebarnya mati tersepittttt.......

moral ; jangan tunjuk kebodohan sendiri kalau tak reti..

Sunday, August 9, 2009

BoRiNg NyeR....

Hari nih aku mcm orang tak betul jer..tatau nak buat apa...buat nih tak kena,buat tu tak kena,soaku pon gi la melawat blog member2..cewah la nih tak masuk tagged dah,dah addict dgn blog la puler,tapi nak post something malas nak pikir,ahaha..so aku pi tgk member rapat aku tuh si terung ,sigadis somel (SS),perl,umix,sarah pa semua takde yang menarik pon.si terung ngan ss tak on9 kot,weekend sama,dok bersama laki masing3 kot..huahaha.
Nak berpoya2 pon ada si roby dok kacau daun plak,tau la aku nih hot,depa jeles la..(ingat ss jer ke leh pasan,aku pon leh maa)..aahah..so aku pon cari la movie dlm aku nyer simpanan kat stor dlm Local Disk (D) aku,.banyak cerita bangang jer,.setelah di kaji n selidik cerita apa yang kena ngan mood aku arini,.aku ambik keputusan nak tgk cerita Mr.Bean Holiday, best la jugak cerita nih,walaupon kebangangan mr bean tuh teserlah..ahaha.


boleh tahan cerita nih..part paling bangang aku tgk time dia nak curi beskal yg ada engine tuh..gelak aku separuh nyawa,ahahah..bodoh nyer bean..ahahah....